Yeah well,

This is how I roll.

Yours Truly,

this is me. raw at my best. in shaa Allah.

Saturday, June 2, 2012

~2.

'wahai bidadari,

kau nampak sungguh anggun hari ni. walaupun muka kau macam mengalami senggugut, tapi masih lagi dapat mencairkan hatiku. apakah yang sungguh penting pada pagi yang hening ini yang menyebabkan kau berlari seperti seorang athlete? walaupun aku tahu kau tak mampu menjawab persoalan aku, tetapi aku harapkan yang terbaik untuk kau hari ini, seperti biasa. semoga kau dapat terima sekotak coklat ini. citarasa kau tinggi wahai bidadari, tetapi tidak mengapa, buat kau, aku belikan juga :) jangan rakus. kunyah, jangan terus telan.

p.s. amacam aku cakap ala-ala penulis sastera? jadi? hehe

-without wax'

aku tersengih setelah selesai membaca sekeping nota yang di letakkan di bawah sekotak coklat 'ferreroroche' berbentuk jantung di atas 'hood' kereta myVi aku. siapakah kau wahai lelaki misteri? aku menghembus nafas panjang. nota ini merupakan nota ke-4 aku terima daripada lelaki 'without wax' ini. hari ini, notanya agak formal. aku melihat keliling kawasan tempat letak kereta kolej aku. cuba untuk mencari sesiapa yang sedang memerhatikan aku. seperti biasa, aku akan kecewa. siapakah kau? aku tanya lagi sebelum mengangkat semua barang aku dan menuju ke kuliah pertama pada pagi itu. bersama mr. kay.



bersambung.....

No comments: