Yeah well,

This is how I roll.

Yours Truly,

this is me. raw at my best. in shaa Allah.

Tuesday, June 12, 2012

sekarang...

assalamualaikum wbt kepada pembaca (kalau ada).

mungkin kalau diteliti, aku jarang 'update' blog menceritakan tentang kisah hidup aku. bukan sebab aku ni orang yang kuat berahsia, aku cuma manusia biasa. aku kurang bersosial di luar. hanya di sesawang internet sahaja. aku ada ramai rakan baik disekeliling aku yang penuh drama dan lawak jenaka yang mungkin kalau korang nak faham, agak susah. oleh sebab itu, kebanyakkan pos di blog ini ditulis berdasarkan imaginasi aku sendiri.

apa-apa pun, pos kali ini aku tekad untuk cerita secara rawak apa yang sedang menyelubungi kotak fikiran aku sekarang. sedang aku menulis pos ini, aku berada di dalam bilik diskusi perpustakaan kolejku. tujuan aku berada disini adalah untuk menyiapkan kertas kerja subjek 'malaysian studies' bersama rakan sekumpulan. kami berempat menghadap topik 'Malaysia Negara Islam: Satu Analisis' dengan mata yang kuyu dan otak yang hampir putus fius untuk minggu ini. mana tidaknya, bersengkang mata di depan komputer riba hampir seminggu lebih mencari informasi mengenai 'lab report chemistry' yang tiada penghujungnya. letih. sangat letih. kerja-kerja di kolej merupakan beban yang berat untuk aku.

OK, terlari daripada target pos ini pula. maaf. seperti yang aku tulis di atas, diskusi kami sepatutnya merupakan lontaran idea lima orang budak tajaan mara. sayang, seribu kali sayang, cuma tinggal empat orang sahaja. seorang lagi di mana? dia sudah pindah. sedih. sangat sedih. aku akan merindui karismanya, kecekapannya, kecomelannya dan keikhlasannya membantu. namun, setiap pertemuan pasti ada perpisahan, kalau bukan oleh pemergian secara kekal, mungkin pemergian secara visual sahaja. insyaAllah aku akan cuba sentiasa hubungi kau wahai rakan. dua orang budak tajaan mara telah meninggalkan kami. terkapai-kapai tanpa kehadiran mereka.

seterusnya, aku sebenarnya bukanlaa tertekan/stress dengan kerja yang bertimbun malah aku rasa macam seorang remaja yang semakin matang. tapi, yelakan, bila badan dah mula tak ikut sistem yang sepatutnya, aku mula merungut. otak dah letih, badan dan sengal-sengal, mata semakin berat. dugaan hidup. memang dugaan. tambah-tambah dengan katil yang empuk dan godaan internet yang tiada kesudahannya.

aku masuk kolej sejak awal bulan satu lagi. jadi aku tidak merasa 3 bulan cuti tu. nak cakap menyesal, ada laa jugak, tetapi ini jalan yang telah aku pilih. kena pandai hadapilaa kan?

jujur aku ngaku, 'foundation in science' di KBU ini agak mencabar kapasiti fizikal, mental dan emosional aku. kalau tidak dengan kerja kursus yang bertimbun, pasti aku akan dibebankan dengan 'quiz' dan 'test', kalau tidak pun, 'lab report' serta 'presentation'. tambahan pula, untuk masuk IMU tahun hadapan, CGPA aku kena 3.50 keatas disertakan dengan temuduga kemasukkan. ini belum budak jurusan doktor lagi ni, baru ASASI dah tak cukup tanah aku buat kerja. perghhhh....

mengucap panjang aku.

walaubagaimanapun, aku semakin hampir dengan pengakhiran sem 2 aku. memang gelabah dah otak aku ni memikirkan ujian besar subjek-subjek payah FIS ni.

dan aku akan menjalani MUET pada bulan julai dan IELTS pada bulan november.

wow, panjang jugak pos kali ini. oleh itu, aku ingin mengundur diri dahulu.

xx.

No comments: