Yeah well,

This is how I roll.

Yours Truly,

this is me. raw at my best. in shaa Allah.

Wednesday, February 6, 2013

"weh.." ali tegur abu.

"apa?" abu jawab tanpa menoleh ke arah ali. dia tengah sibuk menjawab soalan 'killer' sir lim. add maths merupakan subjek yang dia paling benci.

"weh...." ali merengek. menarik-narik baju kemeja biru abu.

"ish. amenda kau ni? buat laa kerja kau tu." abu dengus. dia menggaru-garu kepala sambil memadam jalan kerjanya yang agak panjang. salah lagi, dah lima kali aku padam. abu monolog dalaman.

"weh... abu..." ali merengek lagi.

abu menghempas perlahan penselnya, pura-pura marah (walaupun memang marah dalam hati) dan menoleh ke arah ali. "apa? kau nak apa? susu?"

"lawak laa kau ni." ali ketawa kecil.

"gedik. yelaa, dok merengek macam adik aku. at least adik aku tu kalau merengek sebab dia nak aku buatkan susu. kau nak apa pulak?"

"aku nak tanya ni..."

"haa, tanya laa."

"kau pernah tak..." ali berhenti untuk beberapa saat. penantian merupakan satu penyeksaan bagi abu.

"ya Allah, aku pernah apa? cepatlaa sikit tanya tu." abu tinggikan suara sambil mencapai penselnya semula. aku takda masa nak layan ali ni. tahulaa dah pandai add maths, jangan laa sengaja kacau aku tengah tekun ni.

"kau pernah tak ada rasa cinta kat aku?" ali tanya sambil menguil-nguil meja kayu yang digunakan untuk membuat kerja rumah dan makan.

abu berhenti menulis dan memandang ke arah ali yang menundukkan kepalanya. malu, mungkin? "haa? apa kau merepek ni?"

"yelaa, aku kita kan dah duduk sama-sama lebih 17 tahun. takkan kau tak pernah rasa cinta kat aku..."

"woi. dosa kau tahu. aku bukan gay!"

"aku pun bukan. ok, jangan laa marah. aku tanya je."

"macam-macam laa kau ni ali." abu menggeleng kepala dan gelak kecil.

"habis, kau cinta siapa?" ali tanya.

"ali, buat laa addmaths tu. walaupun kau dah pandai."

"kau cinta siapa abu? cakap laa."

"takda siapa."

"tipu."

"Tuhan. aku cinta Tuhan."

"alaa kau ni."

"anak mak ton." abu cakap selamba.

ali mencangkung atas kerusinya, "anak mak ton bu? mana satu? ada 5 orang."

"yang mana lagi ali oi? kan aku kata aku tak gay, anak mak ton ada sorang je yang perempuan."

"eh dua laa."

"eh satu laa."

"dua. yang lagi satu tu, yang mak nyah tu." ali gelak terbahak-bahak.

"tak baik kau cakap macam tu ali."

"eh betullah. semua orang kampung cakap dia mak nyah kan? pakai make-up laa. geli aku tengok."

"aku cinta jannah laa. anak mak ton yang last tu." muka abu merah.

"oh...." ali menghembus panjang.

"hello everybody!" bakar rakan baik abu dan ali serbu masuk rumah abu secara tiba-tiba.

"oi bakar, tak reti nak ketuk pintu ke?!" ali tergus dengan nada marah. "kau tu dah laa gemuk. masuk rumah orang main redah je. gegar rumah abu ni."

"jahatnya kau ni ali." air mata bakar mula mengalir.

"ish ali, kau ni. bakar tu kan sensitif. alaa bakar, ali ni gurau je. hai bakar. jemputlah duduk. tolong kitaorang buat addmaths." abu senyum ke arah bakar yang sedang menangis. bakar memang berbadan besar. terlalu besar untuk umur 17 tahun. sebab dia suka makan. suka gila.

"aku dah siap dah addmaths tu." bakar kata sambil mengelap air matanya. dia duduk sebelah abu.

"kalau macam tu, tolong aku selesaikan soalan 6 ni. ali pun tak tahu macam mana nak buat."

ha ha ha.
semua yang di atas sebenarnya berlaku dalam otak aku.

aku atan. dan sekarang, aku tengah buat peperiksaan addmaths. peperiksaan akhir tahun. 
aku buntu dekat soalan 6. 
jadi aku buat laa cerita dalam otak aku ni. dengan harapan dapat inspirasi. 

ha ha ha. takpa. lama lagi sebelum masa tamat.

ha ha ha

lama lagi.

ha ha ha

"OK semua, masa sudah tamat. sila berhenti menulis dan 'pass' kertas jawapan anda kehadapan."

eh, celaka. 

No comments: