Yeah well,

This is how I roll.

Yours Truly,

this is me. raw at my best. in shaa Allah.

Thursday, February 11, 2010

Buat rakan-rakan sejagat....

Entah macam mana nak mula. Mungkin pertama sekali aku nak susun sepuluh jari tangan dan sepuluh jari kaki memohon maaf.
Aku tahu mulut aku ni macam 'laser' sikit. Main lepas je. Kalau aku ada terguris hati ke, atau tercalar dan yang sewaktu dengannya, aku nak minta maaf.
Kedua, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan tersayang. Atas sebab-sebab yang tertentu.
1) Menjadi rakan yang boleh dikategorikan sebagai 'terhebat'.
2) Mengajar aku erti persahabatan yang mungkin 15 tahun yang lalu aku masih jahil.
3) Mengetuk kepala aku kalau aku buat dosa.
4) Mengusap kepala aku kalau aku buat pahala.
5) Mendidik aku pelajaran yang aku masih terkial-kial untuk memahami.
6) Berada di sisi aku ketika aku 'moody', gembira dan juga dalam masalah.

Walaupun ada yang aku baru sahaja kenal mungkin tahun ini dan tahun lalu atau dua tahun sebelumnya, tetapi kesan dan bukti kehadiran korang di sisi aku, tidak akan aku pudarkan.
Kalau aku nak tulis satu-satu tentang semua rakan aku, pasti tidak sampai aku ke Pengkalan Chepa sebab terlalu banyak.

Aku nak beritahu korang yang aku sayang sangat persahabatan kita. Segala gelak ketawa dan bual kosong yang kita nikmati dan kongsi akan aku ingat sampai bila-bila. InsyaALLAH kalau ada jodoh, kita akan bertemu lagi.

Buat rakan-rakan yang 'terlebih rapat' (anda tahu siapa anda), tiada kata-kata yang dapat dijadikan simbol kesayangan aku buat korang.

"Setiap pertemuaan, pasti ada perpisahan."
Jangan melupai aku dan sememangnya aku tidak akan melupai korang.

Rakan-rakan:

Muaz, Mera, Qila, Mali, Nurul Izzati, Myaa, Erin, Syira, Mija, Ziqah, Zurin, Ummu, Diana, Yasmin, Asfea, Fatihah, Alya, Sunshine, Aten, Wanie, Fatin Syafiqa, Athirah, Zirwa, Isyqie, Jie, Munirah, Amirah Samsuri, Afiqah, Najaa, Elina, Elida, Farah Izzati, Risi, Ali, Shahir, Amin, Ayar, Hazim, Ammar, Malik, Aizat,

dan

rakan-rakan 2 Aman, 3 Aman dan 4 Aman serta rakan-rakan di kelas lain dan sekolah lain.

Akhir sekali, aku nak ucap terima kasih lagi sekali dan semoga korang berjaya.

n.k.
-terima kasih atas surat-surat yang mengayat hati dan hadiah-hadiah yang sangat cantik.
-insyaALLAH aku akan bawa bersama telefon bimbit. Kalau rindu jangan segan silu untuk menghantar mesej. Aku sedia menunggu. haha

Daripada sahabatmu,
Izzy Rozali.

3 comments:

OPEC said...

:( first time seen in B.M

Mira Dzu said...

Ill miss you :'/

fatinsyafiqa said...

terharu jugak !
name aku.
hahaha.
babe da sampai sne da ke?
so how?
best x?
i bet memule mesti boring.