Yeah well,

This is how I roll.

Yours Truly,

this is me. raw at my best. in shaa Allah.

Monday, December 31, 2012

penghujung 2012 dan permulaan 2013

assalamualaikum.

pos kali ni aku terasa nak menulis dalam bahasa kebangsaanku walaupun mungkin kalau cikgu BM aku baca muka dia aku berkerut seribu dan mengeluh kekecewaan. maaf cikgu, dah setahun tak belajar BM, kekok sikit bila nak menulis. hehe, halalkan laa ye penulisan 'rojak dari pasar malam' saya ni.

*hembus nafas

wow. cepat betul masa berlalu. pejam celik pejam celik pejam celik tidur kejap pejam celik lagi dah habis 2012, menyusul pula 2013. jujur aku cakap, aku tak sangka dapat hidup selama ni. alhamdulillah aku bersyukur kerana diberi peluang lagi untuk memperbaiki diri dan meningkatkan ibadah.

(ya Allah tatabahasa aku!)

kalau toleh balik, aku rasa tak perlu nak komen lebih-lebih tentang masa yang aku 'manfaatkan' pada 2012. memang kalau nak cerita, malu aku. terang lagi bersuluh siap 'spotlight' (maaf cikgu hikmah, saya tahu peribahasa sebenar, ini sekadar jenaka hingusan saya je) aku banyak menghabiskan masa menangis sebab takutkan masa hadapan. sampai mak aku pun dah tak tahu nak buat apa. kelakar, memang kelakar. dahsyat jugak aku ni. mesin air mata.

bila aku korek balik pos awal tahun 2012 aku, aku cadang nak buat azam tahun baru selepas dapat keputusan SPM. aku rasa aku tak buat pun. haih.

jadi tahun ni, aku tekad nak buat dan malaksanakan azam aku (ini pun dah dikira azam jugak ni). tanpa membuang masa, inilah dia azam tahun baru (2013) aku. jangan gelak. senyum boleh, tapi tak boleh nampak gigi.

aku nak:-

1. kurangkan berat badan.
2. minum air 3L sehari.
3. solat awal.
4. khatam sekurang-kurangnya sekali pada bulan ramadhan.
5. solat dhuha + hajat setiap hari.
6. lupakan kisah silam yang penuh kegelapan. cewah ceh ceh ceh cikaboom cikaboom. tapi serius, aku nak jadi lebih baik. jauh lebih baik dari semalam dan tahun-tahun sebelumnya.
7. belajar masak.
8. belajar menjahit.
9. baca sekurang-kurangnya 20 buah buku (tak termasuk buku universiti).
10. eratkan silaturrahim dengan rakan-rakan (rajin balas mesej orang).
11. jangan gagal dalam mana-mana subjek.
12. kurangkan berat badan.

ye aku sedar kurangkan berat badan tu dua kali, tapi takpa, baru semangat sikit.

secara personalnya, aku rasa, ada azam ni bagus. sebagai peringatan kepada kita untuk maju kehadapan.
majulah azam untuk negara (aku dapat rasa kelahnatan cikgu hikmah terhadap aku).

sampai sini sahaja pos kali ini. terima kasih kepada rakan-rakan yang setia dengan perangai aku yang kurang stabil ni. semoga bertemu lagi dikemudian hari. in shaa Allah.

assalamualaikum.


2 comments:

Unknown said...

Bila nak buat antologi kak? Haha

Izzy Rozali said...

antology apa kau ni? haha