Yeah well,

This is how I roll.

Yours Truly,

this is me. raw at my best. in shaa Allah.

Wednesday, July 11, 2012

sandwich telurku beranak (?)

assalamualikum.

sesungguhnya, ketahuilah bahawa cerita kali ini ialah cerita benar yang tak gempak pun. takda aksi lucah, aksi manusia terbang dan letupan dynamite yang dahsyat. hanya cerita aku dengan sandwich telurku.
cerita ini memang ada kena mengena dengan yang hidup. tapi harap takda dengan yang mati. *seram sejuk*

dua hari lepas, yakni hari isnin, aku kelam kabut menyiapkan apa yang patut disiapkan pada sabtu dan ahad lepas. memang kerja aku semua last minute. padanlaa markah pun.... mengucap panjang je yang mampu aku buat.

berbalik kepada kisah aku...
dua hari lepas, yakni hari isnin (dejavu. ye, ini ialah situasi yang tepat untuk menggunakan perkataan dejavu, oleh itu berhenti! berhenti menggunakan perkataan dejavu untuk situasi yang lebih sesuai dinamakan sebagai karma dan normal), oleh sebab kepala otak diselubungi kerisauan tidak siap kertas kerja, aku hanya ada selera untuk makan sandwich telur bungkus. sandwich aku berbentuk tiga segi. pernah tengok tak? mestilah pernah kan? roti inti telur yang dipotong senget supaya jadi separuh. 

untuk mereka yang tiada imaginasi, lebih kurang macam gambar atas ni. cuma bungkusan aku bungkusan kotak plastik. kononnya, atas sikit tarafnya.

ok, sambung cerita...
ketika itu, aku hanya berahi untuk makan separuh sahaja sandwich itu. separuh lagi aku simpan dalam plastik dia semula. selepas itu, aku ke kelas. setelah habis kelas, aku pun menuju ke perpustakaan kolejku dengan sandwich telur ditangan. ok, untuk cerita ni, mesti ada dalam minda anda bahawa roti aku hanya ada separuh. faham ya? tak susah kan? separuh. separuh lagi dalam perut aku.

bila aku masuk perpustakaan, aku terlupa yang sandwich aku masih di tangan. bila aku patah balik nak keluar daripada perpustakaan, makcik perpustakaan yang berbangsa india (kita namakan dia baby, boleh?) tegur aku, "adik, tak leh makan dalam perpustakaan."
ok sengih macam kerang busuk, "ok."
sepatutnya aku keluar lepastu telan terus sandwich separuh tu kan? tapi aku tak tahu kenapa aku tak terfikir nak makan pun sandwich itu. oleh itu, aku letak dia dekat rak luar perpustakaan lalu aku masuk semula.

setelah 3 jam di perpustakaan (rajin tak? rajin tak? terima kasih), aku pun keluar untuk ambil sandwich aku. bila aku tengok rak luar perpustakaan, aku terkejut. mana taknya, sandwich aku yang mula-mula tinggal satu dah jadi dua. 

"what the...." aku bermonolog luaran.
"oi izzy, jom ah, kau tengok apa tu?" amal tegur aku.
oopss, lupa nak cakap, amal, kawan aku nampak aku dah makan separuh sandwich aku. 
"eh mal, sandwich aku ke ni?" aku tanya. mataku masih pada dua keping sandwich tersebut.
"err, kau letak situ ke?" dia tanya.
"ha ah. exactly kat sini. tapi sandwich aku tinggal satu tadi. sekarang dah dua. orang lain punya kot," aku jawab sambil mencari kelibat sandwich 'forever alone' aku. tapi tiada.
"ke sandwich aku beranak?" kami gelak. tak kelakar pun padahal. 
"binary fission kot haha" amal sambung.
"hmm, biar laaa." kami pun menuju ke kelas seterusnya.


keesokkan harinya, aku lepak perpustakaan lagi (rajin kan? rajin kan? terima kasih 2.0). aku ke kounter perpustakaan untuk meng'stapler' kertas kerja aku. baby di kounter sedang.... tak ingat laa apa baby buat, sebab aku terlalu fokus nak meng'stapler'. 

"eh awak punya sandwich ke kat luar semalam?" baby tanya.
aku kaget. "err.. ha ah kot." itu je yang aku balas sebab aku malas nak cerita tentang sandwich aku beranak semua fantasi haram tu. nanti dia ingat aku gila.
"tak, memang sandwich awak. sebab semalam, saya keluar nak pergi tandas, saya nampak sandwich awak yang tinggal separuh tu...." baby membuka cerita.
dalam otak aku cuma ada satu soalan je, kenapa dia usha sandwich aku?
"bila saya keluar tandas, saya nampak sandwich awak dah jadi dua..."
serius, kenapa kau usha? nak laa tuu...
"saya pelik, lepas tu saya datang dekat sandwich tu. saya ternampak ada satu nota kecil. saya tak ingat ayat tepat dia, tapi dia tulis lebih kurang, 'sorry, i accidentally push your sandwich and it fell. so here's a new one. very sorry'. baik kan? saya terkejut sangat. sebab saya masuk tandas tu sekejap je. cepat dia ganti sandwich awak." baby ketawa kecil.
aku terkejut. wow. betul ke ni?
"yeke?" aku tanya, masih kurang percaya.
"ha ah."
aku sengih macam kerang busuk 2.0.


baik. sangat baik. 
mungkin orang yang ganti tu seorang perempuan dan dia ingat sandwich tu kepunyaan seorang lelaki kacak.
tapi apa-apa pun, dia ganti sandwich aku.
dia..
ganti...
aku kagum dengan keprihatinan dia.
humanity restored level: 20% :)
tetapi kecewa sikit. aku ingat roti tu betul-betul beranak.


nota kaki: aku cari nota itu, tak jumpa. sandwich tu pun dah takda. kecewa bertambah....

nota kaki berkaki: ke baby amik?

nota kaki berkaki berlari-lari: husnuzon (baik sangka) izzy, husnuzon....


No comments: